MENGIZINKAN PROSES DATA PERIBADI DAN NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI


Notis ini dikeluarkan kepada anda oleh dan bagi pihak WCT Holdings Berhad dan syarikat-syarikat yang berkaitan* (selepas ini dirujuk sebagai "Kumpulan WCT") selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Dalam notis ini "kami" merujuk kepada mana-mana syarikat dalam Kumpulan WCT.

SUMBER DAN DESKRIPSI DATA PERIBADI
Kami telah mengumpul dan/atau akan mengumpul data peribadi seperti yang didedahkan oleh/dikumpul daripada anda yang, bergantung kepada tujuan yang mana anda mendedahkan data tersebut, mungkin termasuk butir-butir peribadi anda (serperti: nama, tarikh lahir, jantina, bangsa, nombor kad pengenalan/pasport, status perkahwinan), butir-butir hubungan anda serta maklumat pendidikan, profesional, pekerjaan, kewangan, keluarga anda dan/atau apa-apa maklumat lain yang anda maklumkan. Sesetengah data peribadi anda juga mungkin telah kami perolehi dari rekod-rekod awam, penerbitan media dan/atau pihak ketiga yang berhak dibawah undang-undang (pada masa pendedahan) untuk mendedahkan Data tersebut. (Secara kolektif dirujuk dalam Notis ini sebagai "Data" anda)

TUJUAN DAN PENDEDAHAN
Data anda sedang atau akan diproses untuk tujuan-tujuan yang mana ia telah didedahkan oleh anda, seperti membolehkan kami membuat pertimbangan untuk memasuki kontrak dengan anda, untuk memenuhi obligasi-obligasi kontrak kami kepada anda dan/atau untuk menawarkan atau membekalkan produk dan/atau perkhidmatan kami kepada anda.  Tambahan juga, Data anda juga sedang diproses atau akan diproses bagi membolehkan kami untuk mentadbirkan hubungan kontrak kami dengan lebih baik dan/atau untuk memberikan anda maklumat mengenai Kumpulan WCT serta mengenai aktiviti, produk dan/atau perkhidmatannya dan apa-apa tujuan lain yang berkaitan dengan ini. (Secara kolektif dirujuk dalam Notis ini sebagai "Tujuan").

Bagi Tujuan tersebut, Data anda mungkin akan didedahkan kepada syarikat lain di dalam Kumpulan WCT atau ejen-ejen , wakil-wakil, penasihat-penasihat profesional dan/atau perunding-perunding kami, pemberi perkhidmatan pihak ketiga dan/atau pembekal utiliti, kontraktor, pembekal dan/atau penjual dan juga kepada pihak-pihak berkuasa kerajaan, tempatan, pengawal yang berkaitan dan pihak-pihak lain yang kami berpendapat perlu untuk memenuhi Tujuan yang dinyatakan di atas.

AKSES, PEMBETULAN, SIASATAN DAN/ATAU ADUAN
Anda berhak untuk meminta akses kepada Data anda dan untuk meminta untuk mengemaskini atau membetulkan Data anda. Untuk meminta akses atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan/atau aduan mengenai Data anda dan/atau cara ia diproses, sila hubungi Pengurus Komunikasi Korporat di 03-78052266 atau menghantar e-mel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. . Sila ambil perhatian bahawa anda akan diminta untuk memberikan maklumat untuk mengesahkan identiti anda. Ia juga akan membantu kami jika anda boleh memberikan nama syarikat Kumpulan WCT yang (atau yang anda percaya sedang) memproses Data anda.

PERSETUJUAN DAN PILIHAN ANDA
Kecuali untuk Data yang perlu bagi kami melaksanaan kontrak antara kami (yang mana anda perlu memberikan Data anda dan sekiranya gagal berbuat demikian akan menyebabkan anda melanggari perjanjian kontrak dan/atau akan menghalang kami daripada memasuki kontrak dengan anda atau melaksanakan obligasi kontrak kami kepada anda), anda boleh memilih sama ada untuk memberi atau enggan memberi Data anda dan (jika telahpun diberikan) boleh memilih sama ada untuk membenarkan, atau untuk menarik balik atau menghadkan kebenaran anda kepada kami untuk mengumpul dan/atau memproses Data anda seperti di atas. Jika anda tidak bersetuju atau ingin menarik balik atau ingin menghadkan kebenaran anda kepada kami untuk mengumpul dan/atau memproses Data anda seperti di atas, sila lengkapkan Borang Penarikan Balik ini.  

Terima Kasih.


Untuk dan bagi pihak
WCT Holdings Berhad dan syarikat-syarikat yang berkaitan*
No. 12, Jalan Majistret U1/26, Seksyen U1, Lot 44, Hicom-Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

 

*WCT Holdings Berhad, WCT Berhad, WCT Construction Sdn Bhd, WCT Land Sdn Bhd, Labur Bina Sdn Bhd, Gemilang Waras Sdn Bhd, Gabungan Efektif Sdn Bhd, Camellia Tropicana Sdn Bhd, Jelas Puri Sdn Bhd, Labur Bina Management Sdn Bhd, Atlanta Villa Sdn Bhd, One Medini Sdn Bhd, WCT Land Resources Sdn Bhd, BBT Mall Sdn Bhd, WCT Properties Sdn Bhd, BBT Hotel Sdn Bhd, WCT Hotel & Facilities Management Sdn Bhd, WCT Property Management Sdn Bhd, Urban Courtyard Sdn Bhd, Segi Astana Sdn Bhd, Platinum Meadow Sdn Bhd, WCT Assets Sdn Bhd, WCT Realty Sdn Bhd, WCT Premier Development Sdn Bhd, Pioneer Acres Sdn Bhd, Jubilant Courtyard Sdn Bhd, WCT Acres Sdn Bhd, WCT Hartanah Jaya Sdn Bhd, WCT Equity Sdn Bhd, WCT Plantations Sdn Bhd, WCT Group Sdn Bhd, WCT Green Sdn Bhd, WCT Pioneer Development Sdn Bhd, WCT Precious Development Sdn Bhd, WCT Phenomenon Development Sdn Bhd, WCT OUG Development Sdn Bhd dan syarikat-syarikat lain yang akan dimaklumkan sebagai syarikat berkaitan pada masa hadapan.


EXPERIENCE THE PULSE OF VIBRANT LIVING

Welcome home to BRIO Residences JB. 263 contemporary and stylish service apartments, created specially for those who appreciate a touch of luxury with their modern life.

Copyright @ 2015 WCT LAND. All rights reserved.